01
Peringkat Awal
Persediaan Tapak & Asas
Tapak dinilai dan disediakan melalui kerja tanah, pembinaan asas serta pemasangan infrastruktur bawah tanah mengikut pelan teknikal dan keperluan keselamatan.
Daripada pembangunan stesen hingga produk petroleum, latihan pengusaha dan logistik penghantaran — penyelesaian lengkap untuk stesen minyak mini luar bandar.
Daripada Tapak Hingga Beroperasi
SMART menyelaras pembangunan stesen minyak secara menyeluruh, bermula dengan penilaian tapak, kerja tanah dan pembinaan struktur sehingga pemasangan sistem petroleum serta penyiapan identiti stesen. Setiap peringkat dirancang mengikut keperluan lokasi, piawaian keselamatan dan kelulusan agensi berkaitan supaya stesen dapat dibangunkan dengan teratur, selamat dan sesuai untuk komuniti setempat.
Penyelarasan reka bentuk, pembinaan, pematuhan dan operasi dalam satu proses membantu memastikan setiap stesen SMART mempunyai fungsi yang cekap, identiti yang konsisten dan pengalaman pelanggan yang selamat.
SMART aktif menaik taraf stesen sedia ada yang telah uzur kepada reka bentuk moden berjenama — kanopi baharu, sistem POS dan konsep S’Mart — bagi meningkatkan keselamatan dan pengalaman pelanggan.
Lihat Menaik Taraf StesenDua produk teras kami — Syntex RON95 dan Diesel SMART — dirumuskan bersumberkan PETRONAS untuk prestasi optimum dan perlindungan enjin jangka panjang.
Barangan harian, perbankan ATM dan pembayaran bil setempat — pengalaman membeli-belah setanding bandar, pada harga dan persekitaran yang bersih, tanpa perlu ke bandar.
Baca LanjutKursus dan latihan wajib berkala membekalkan pengusaha stesen dengan ilmu teori, praktikal dan perakaunan bagi memastikan operasi yang cekap, selamat dan patuh peraturan.
Baca LanjutBahan petroleum dihantar ke lebih 50 stesen SMART melalui lori tangki yang dipantau GPS, dikendalikan pemandu terlatih mengikut piawaian keselamatan yang ketat.
Baca LanjutPerkhidmatan
Lima kategori stesen disediakan mengikut keperluan dan saiz kawasan pembangunan.

Reka bentuk terbesar dalam siri SMART, direka untuk kawasan dengan trafik tinggi dan keperluan kapasiti maksimum. Dilengkapi kanopi meluas dan ruang operasi yang lebih lapang.
Lihat Galeri
Reka bentuk standard bersaiz penuh, sesuai untuk kawasan mukim dan pekan kecil dengan bilangan penduduk yang stabil.
Lihat Galeri
Reka bentuk bersaiz sederhana untuk kawasan luar bandar dengan keperluan bekalan bahan api yang konsisten.
Lihat Galeri
Reka bentuk padat yang sesuai untuk penempatan kecil dan kawasan dengan ruang terhad, tanpa mengorbankan kemudahan asas.
Lihat Galeri
Reka bentuk paling ringkas dalam siri SMART, direka khusus untuk kawasan pedalaman terpencil yang memerlukan penyelesaian pantas.
Lihat GaleriPasukan kami sedia membantu menjawab sebarang pertanyaan, atau muat turun borang permohonan untuk memulakan stesen minyak SMART anda.