Ikuti perkembangan terkini rangkaian stesen minyak SMART di seluruh Malaysia.
Stesen SMART yang baharu bakal dibuka tidak lama lagi di Jengka 13, Pahang, meneruskan perluasan rangkaian bekalan bahan api luar bandar SMART. Pembukaan ini akan membawa kemudahan bahan api yang lebih dekat kepada penduduk setempat.
Lihat GaleriPenantian selama tiga dekad kini berakhir apabila Stesen Minyak SMART Felda Taib Andak, Kulai Johor, mula beroperasi pada Jumaat, 31 Januari 2026. Beroperasi di bawah seliaan Efan Service Station, pembukaan ini menandakan satu pencapaian penting dalam menyediakan kemudahan bahan api yang lebih mudah dan tersusun kepada penduduk setempat.
Lihat Lokasi StesenStesen Smart Maludam, Betong Sarawak sudah mula beroperasi pada 23 Oktober 2025. Stesen Smart ini dimiliki oleh syarikat Million Gateway Sdn. Bhd. Pembukaan stesen ini telah menerima banyak maklum balas positif kerana dapat membantu penduduk setempat mendapatkan bekalan minyak petrol dan diesel dengan mudah seperti yang dirasai oleh masyarakat di bandar.
Lihat Lokasi StesenStesen Minyak Smart Nyabor, yang bertempat di Kabong Sarawak, secara rasminya telah dibuka dan memulakan operasi perniagaan pada 7 Oktober 2025. Stesen minyak ini dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Smart Family Supplies Sdn Bhd.
Lihat Lokasi StesenMajlis Perasmian Refresher Pengendalian dan Pengoperasian Stesen Minyak Mini Jenama SMART disempurnakan oleh YBrs. Encik Amran bin Haji Abd Kadir. Program yang berlangsung selama dua hari di Le Grandeur Senai Palm Resort, Johor ini melibatkan pemimpin koperasi yang terlibat secara langsung dalam perniagaan stesen minyak mini jenama SMART seluruh negara dan pegawai-pegawai SKM, bertujuan memastikan koperasi menyusun strategi mampan dalam mengurus operasi perniagaan mereka.
Ketahui Kursus & LatihanKoperasi Peneroka Felda Sungai Retang dengan usahasama syarikat Musza Bestari Enterprise telah menganjurkan program perasmian Stesen Minyak Mini Smart Felda Sg. Retang, yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Nazri Bin Ngah, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Pulau Tawar. Majlis turut disaksikan oleh penduduk sekitar Felda Sungai Retang yang datang meraikan pembukaan stesen minyak jenama Smart ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan program keselamatan petroleum yang bertempat di Stesen Minyak Smart Felcra Pahang Tenggara, Pahang. Program anjuran KPDNHEP ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPDNHEP, Yang Berhormat Dato' Rosol Wahid, pegawai dari Jabatan Bomba Negeri Pahang dan masyarakat setempat.
Ketahui Kursus & LatihanLebih banyak stesen minyak mini akan dibuka secara berperingkat di kawasan pedalaman, terutamanya kawasan FELDA seluruh negara, hasil inisiatif Smart Stream Resources Sdn Bhd (Smart Stream) yang menjalinkan kerjasama dengan PETRONAS. Pengarah Urusannya, Mohd Khairuddin Saimon, berkata penambahan jumlah stesen minyak mini itu adalah antara pelan jangka panjang syarikat dalam mengukuhkan lagi jenama Smart Stream di kalangan masyarakat luar bandar.
Lebih banyak stesen minyak mini akan dibuka dan ditambah secara berperingkat di kawasan pedalaman khususnya kawasan Felda. Inisiatif ini dilaksanakan syarikat pembekal minyak dan diesel, Smart Stream Resources Sdn Bhd (Smart Stream) yang turut menjalinkan kerjasama dengan Petronas. Pengarah Urusannya, Mohd Khairuddin Saimon berkata, penambahan jumlah stesen minyak mini itu adalah antara pelan jangka panjang syarikat berkenaan.
Kerjasama strategik antara Smart Stream Resources Sdn. Bhd. (Smart Stream) dengan Petronas menyaksikan semua produk di stesen minyak mini Smart di seluruh negara dibekalkan oleh syarikat minyak nasional itu. Pengarah Urusan Smart Stream, Mohd. Khairuddin Saimon berkata, penggunaan sepenuhnya produk di bawah Petronas itu bermula Disember tahun lalu sebagai strategi jangka masa panjang syarikat.
Baca Profil SMARTMekanisme dalam pelaksanaan subsidi petrol bersasar akan dilakukan dengan kemas dan teratur bagi memastikan matlamatnya dicapai. Perkara itu sedang dimuktamadkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan subsidi itu sampai kepada golongan yang layak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan pelaksanaan subsidi petrol bersasar akan dilakukan secara kemas dan teratur. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya masih menantikan data daripada sekretariat Bantuan Sara Hidup (BSH) berhubung maklumat penerima sebelum ia dimuktamadkan.
Subsidi petrol bagi golongan sasar berkemungkinan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat yang kini berada di peringkat akhir kajian data. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin Nasution berkata, keputusan tersebut masih tidak dapat dilaksanakan berikutan satu komponen laporan data persiapan penerima masih belum diterima.
Smart Stream Resources Sdn Bhd (Smart Stream), syarikat pembekal minyak petrol dan diesel, memberi jaminan bekalan bahan api di semua 64 stesen minyak di luar bandar termasuk kawasan FELDA seluruh negara mencukupi sepanjang sambutan Aidilfitri. Pengarah Urusannya, Mohd Khairuddin Saimon, berkata semua stesen minyak yang menggunakan jenama Smart diminta beroperasi termasuk pada hari raya pertama bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan berikutan permintaan tinggi.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada dasarnya bersetuju memperkenal program stesen minyak mini jenama SMART di pedalaman Sarawak. Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin, berkata program itu merupakan usaha sama antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan Smart Stream Resources Sdn Bhd untuk memajukan stesen minyak yang asalnya agak uzur menjadi lebih moden, bersih dan selamat.
Peningkatan bilangan koperasi di seluruh negara perlu diseimbangkan dengan penekanan terhadap kualiti koperasi yang mampu memberi manfaat serta relevan kepada ahlinya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin, mengingatkan sudah tiba masanya bagi koperasi berganjak daripada status entiti kelas kedua dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Sebanyak 18 stesen minyak mini luar bandar jenama Smart dijangka dibangunkan di Sabah menjelang pertengahan tahun 2016, kata Pengarah Urusan Smart Stream Resources Sdn Bhd (Smart Stream), Mohd Khairuddin Saimon. Menurutnya, sehingga kini terdapat 10 lokasi sudah dikenal pasti di Sabah untuk pembangunan stesen minyak mini Smart yang bakal memberi kemudahan secara holistik kepada penduduk kawasan luar bandar.
Profil Pengarah Urusan Smart Stream Resources Sdn Bhd (SSRSB), Mohd Khairuddin Saimon, yang merendah diri apabila diminta bercerita mengenai kisah peribadinya. Bersama dua rakan kongsi, Ahmad Rosllan Hasan dan Salahuddin Yusoff, anak kelahiran Tangkak, Johor itu berjaya membuka 56 stesen minyak mini di seluruh negara, menjadikannya antara usahawan Bumiputera yang berjaya.
Baca Profil SMARTMuat turun borang permohonan stesen minyak SMART yang baharu, atau hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai peluang keusahawanan stesen minyak mini luar bandar.