Dua produk teras SMART, dirumuskan bersumberkan PETRONAS untuk prestasi optimum dan perlindungan enjin jangka panjang.
Syntex 95 dirumuskan dengan sistem tambahan berprestasi tinggi yang mengandungi pemangkin pembakaran organik yang unik dan bahan tambahan yang sangat baik untuk prestasi enjin yang optimum.
Produk premium bersulfur rendah yang mengandungi bahan tambahan pelbagai fungsi yang mantap, ejen pengurangan asap dan pelinciran tambahan untuk melindungi sistem suntikan bahan api. Turut mengekalkan dan meningkatkan kebersihan sistem suntikan bahan api dengan ciri-ciri yang sukar ditandingi.
Subsidi Bahan Api
Stesen SMART turut menyertai inisiatif Budi Madani kerajaan — kini merangkumi kedua-dua RON95 dan Diesel — membolehkan rakyat Malaysia yang layak terus menikmati harga subsidi di kaunter, cukup dengan pengesahan MyKad tanpa sebarang tuntutan semula diperlukan.
Tonton video ringkas di bawah untuk panduan cara membayar bahan api menggunakan kaedah Budi Madani di stesen SMART.
Langkah 1
Masukkan MyKad untuk semak kelayakan BUDI MADANI RON95.
Langkah 2
Setelah pengesahan selesai, teruskan dengan pembelian anda.
Langkah 3
Maklumkan jenis bahan api pilihan RON95 buat pembayaran.
Langkah 4
Terima resit & teruskan dengan pengisian minyak.
Panduan langkah demi langkah untuk Touch ’n Go eWallet akan dikemaskini tidak lama lagi. Buat masa ini, pembayaran Budi Madani RON95 boleh dibuat terus di kaunter menggunakan pengesahan MyKad seperti tab sebelah.
Ada soalan? Hubungi KamiVideo Panduan
Pasukan kami sedia membantu menjawab sebarang pertanyaan, atau muat turun borang permohonan untuk memulakan stesen minyak SMART anda.