Penantian selama tiga dekad kini berakhir apabila Stesen Minyak SMART Felda Taib Andak, Kulai Johor, mula beroperasi pada Jumaat, 31 Januari 2026. Beroperasi di bawah seliaan Efan Service Station, pembukaan ini menandakan satu pencapaian penting dalam menyediakan kemudahan bahan api yang lebih mudah dan tersusun kepada penduduk setempat.