SMART STREAM RESOURCES SDN. BHD (SMART) telah diperbadankan pada 29hb Julai 2003 dan merupakan sebuah syarikat 100% Bumiputera yang terlibat aktif di dalam pembekalan dan pemasaran bahan petroleum di Malaysia.
Pada 18hb Disember 2007, Smart Stream telah diberi kelulusan oleh kerajaan untuk membangunkan dan memodenkan serta membekal bahan petroleum kepada stesen minyak mini di kawasan luar bandar di Kawasan Tanah Rancangan, Tanah Persekutuan / Negeri / Swasta, peserta-peserta dan tanah berkelompok (seperti FELDA, FELCRA, KESEDAR, Tanah Belia, SLDB, Sawit Kinabalu, SELCRA, Risda, Tabung Haji, Kawasan Perladangan dan sebagainya).
Sumber bahan petroleum adalah dari syarikat minyak utama PETRONAS. Kesemua stesen minyak mini SMART beroperasi secara konsep “Dealer Own -Dealer Operate (DO-DO)”.
Smart Stream berfungsi sebagai pemaju dan pembekal dengan skop tanggungjawab berikut :-
- Menerima permohonan dan melakukan kajian viabiliti tapak cadangan.
- Membantu permohonan mendapatkan kelulusan tapak dan pelan bangunan/kejuruteraan dari pihak-pihak berwajib.
- Membantu merekabentuk dan membina stesen minyak secara konsep “Design & Built”.
- Membantu mendapatkan lesen-lesen untuk mengusahakan perniagaan stesen minyak dari pihak-pihak berwajib.
- Mengadakan kursus dan latihan kepada pengusaha.
- Membekal bahan pertoleum.
- Memantau dan audit operasi stesen supaya memenuhi segala aspek keselamatan, pengurusan dan alam sekitar.
- Membantu pengusaha meningkatkan pendapatan dengan mengadakan program peruncitan dan perkhidmatan pengguna.
Adalah diharapkan dengan pembangunan stesen minyak mini di kawasan luar bandar, Smart Stream dapat memenuhi usaha Kerajaan dalam memastikan pembangunan dan kemewahan ekonomi negara dapat dinikmati sama rata oleh setiap rakyat di seluruh negara seperti berikut :-
- Memberi kemudahan kepada masyarakat luar bandar mendapatkan bekalan bahan petroleum pada harga, kuantiti dan kualiti seperti oleh masyarakat bandar.
- Meningkatkan tahap keselamatan dan pemodenan stesen minyak mini luarbandar serta mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.
- Menjadi pemangkin dan meningkatkan aktiviti pembangunan dan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.