8 Mac 2023 (Rabu), 5.00 petang – YBrs. Encik Amran bin Haji Abd Kadir menyempurnakan Majlis Perasmian Refresher Pengendalian dan Pengoperasian Stesen Minyak Mini Jenama SMART. Program refresher yang berlangsung selama 2 hari di Le Grandeur Senai Palm Resort, Senai, Johor ini melibatkan pemimpin koperasi yang terlibat secara langsung dalam perniagaan stesen minyak mini jenama SMART seluruh negara dan pegawai-pegawai SKM.
Objektif program refresher dilaksanakan adalah untuk memastikan koperasi menyusun strategi mampan dalam mengurus dan melaksanakan operasi perniagaan stesen minyak koperasi.