PEKAN: 30 Jun 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan program keselamatan petroleum yang bertempat di Stesen Minyak Smart Felcra Pahang Tenggara, Pahang.

Program anjuran KPDNHEP turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KPDNHEP, Yang Behormat Dato’ Rosol Wahid, pegawai dari Jabatan Bomba Negeri Pahang dan masyarakat setempat.

Antara pengisian program yang dianjurkan seperti taklimat keselamatan oleh pegawai bomba Pahang dan latihan kebakaran. Program seperti ini banyak memberi manfaat kepada seluruh masyarakat setempat bagi meningkatkan lagi kesedaran tentang keselamatan di premis perniagaan terutamanya di kawasan stesen minyak.

Program tamat pada jam 6.30 petang.