TAWAU: Sebanyak 18 stesen minyak mini luar bandar jenama Smart dijangka dibangunkan di negeri ini menjelang pertengahan tahun 2016, kata Pengarah Urusan Smart Stream Resources Sdn Bhd (Smart Stream), Mohd Khairuddin Saimon.
Menurutnya, sehingga kini terdapat 10 lokasi sudah dikenal-pasti di Sabah untuk pembangunan stesen minyak mini Smart yang bakal memberi kemudahan secara holistik kepada penduduk kawasan luar bandar.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena taklimat penubuhan stesen minyak mini Smart di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan di Batu 25 Jalan Merotai-Kalabakan, di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi PPK Kalabakan, Ismail Ait.
Jelasnya, projek bersama PPK Kalabakan yang dianggarkan bernilai RM600, 000 sehingga RM1juta serta akan dilengkapi kedai serbaneka selain jualan petrol dan diesel, dijangka bermula penghujung tahun ini.
Projek itu bakal memanfaatkan sekitar 200, 000 penduduk setempat, termasuk 3, 600 ahli PPK Kalabakan.-Alanna Adam/Sayangsabah.